Sunday, June 5, 2011

Alam persekolahan alam paling manis.

Jan 1956...Pertama menjejak kaki ke sekolah amat menakutkan.Ketika itu kami yg bergelar murid hanya duduk berhimpit2 di atas bangku panjang manakala guru dgn rotan di atas meja.Rotan simbol adalah kuasa pd masa itu.

Guru jarang senyum.Muka guru tak tumpah macam singa jantan.Walaupun begitu guru2 ini tidak pernah mengabaikan tanggungjab dan tekun mendidik murid2.

Kurikulum mungkin amatmudah.Seingat saya hampir setisp hari kami membaca buku "Ini Pasu Bunga".Baca sekuat hati dalam klas seorang demi seorang dengan arahan guru.

Matematik asas pada masa itu di namakan kira-kira dan yang lebih tinggi dinamakan ilmu hisab.

Belajar kira2 nampak mudah.Murid2 diperlukan membawa biji asam jawa atau lidi penyapu.Itulah asas kira2 yg dapat saya ingat.

Pelajaran lain di sekolah rendah yang saya ingat ialah pengkebunan ( sekarang pertanian) untuk murid2 lelaki dan Masak Memasak ( sekarang ERT) untuk murid perempuan.

Apa pun ketika itu setiap murid tidak pernah ada hala tuju dan tiada ada tekanan sedikit pun.Di sekolah rendah kita belajar bersosial dengan rakan2.Kita belajar memegang tsnggungjawab...kita belajar membina akhlak dan peribadi. ..kita belajar mengenal tsnggungjawab sosial.

Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, October 14, 2010

Dari Sintuk ke Lux...Dari Arang ke Colgate

1960....Hari itu aku bangun awal-awal pagi.Pergi ambil sedikit arang kayu dari dapor untuk dijadikan "colgate" lalu terus ke sungai berdekatan. Bagi kawan2 yang rajin, ketulan arang kayu ini ditumbuk2 dengan mencampur sidikit garam dan dijadikan serbuk ubatgigi.Kalau yang malas bawa ketulan arang lalu digigit2 hingga lumat dan dijadikan ubat gigi. Berus giginya ialah jari telunjuk. Itulah betapa kreatifnya orang dulu2.

Mandi dengan kawan2 sekampung nmacam biasa. Untuk membeli sabun memang tak mampu jadi gantinya ialah sintuk yang di buihnya pun mengalahkan buih sabun.Waktu itu yang aku kenal pun sabun cap kapak warna hijau.Sabun Lux pula biasa dengar tapi tak biasa guna.Mak selalu berpesan jangan mandi macam kerbau, maknanya mandi tak gosok2 badan. Tapi pesanan tinggal pesanan.

Balik dari mandi Mak sudah pun menyiapkan sajian untuk aku ke sekolah..Nasi Rendang( Goreng)dengan secawan kopi O. Siap sahaja lalu capai beg untuk ke sekolah dengan wang belanja sekolah sepuluh sen.Wang sepuluh sen jarang di belanja kalau belanja pun setakat lima sen untuk beli sagun .Minuman sekadar air paip sekolah, percuma hanya perlu tadah telapak tangan sahaja. Tidak pernah pun berasa sakit2 perut.

Sampai di sekolah seorang cikgu masuk klas.Guru yang paling garang waktu itu.Dengan membaca nama pada sekeping kertas beliau memanggil kami seorang demi seorang untuk datang ke depan klas.Lalu kami disuruh berkumpul dalam bilik bersebelahan bilik Guru Besar tanpa memberikan sebarang sebab.Pada kami tentunya denda menanti.

Tidak lama menunggu, Guru Besar dengan rotannya ditangan pun datang.Dari awal kami sudah agak ini tentunya sesuatu yang buruk agak berlaku. Dalam fikiran melayang2 kalau2 kena rotan dan berbekas pula ,bagaimana kalau disoal oleh bapa bila balik nanti.Kalau silap2 jawab Guru Besar bagi 2 rotan bapak akan tambah bonus lagi 4 rotan.Sungguh menakutkan.

Guru besar dengan serious memberitahu "..kamu semua ni dah kena pindah sekolah...kena pi sekolah orang putih..Sultan Ahmad Tajuddin School,dekat hutan nyiok tu..Kena pi daftar diri pada..habak kat pak hangpa..suruh dia pi bawak hangpa situ awai2 sikit ..."

Rupa2nya kami semua telah lulus ujian kemasukan ke Special Malay Class dan kena berpindah ke sekolah inggeris SATS.

Balik ke rumah aku bagi tahu emak.Dengan bapa memang nak bercakap sepatah seminggu pun takut. Mereka tidak nampak teruja pun..macam tidak peduli saja.Seronok pun tidak..dukacita pun tidak.

Dua hari sebelum sampai hari untuk mendaftarkan diri emak bagi tau aku bapa ada hadiah untuk aku - pertama kali dalam hayat aku waktu itu. Aku tengok lama2 rupa2nya dalam kotak itu ada berus gigi dan satu tiub kecil ubat gigi colgate serta sebuku sabun Lux.

Itu adalah cerita yang sudah terlalu lama berlalu, namun itulah kasih sayang orang tua2 dahulu kepada anak2. Mereka tidak pernah tunjuk secara terang2an.Cakap2 dan kata2 serta tindakan mereka ada nilai yang teramat tinggi.Al Fatihah untuk Al marhum ayahanda dan bondaku yang tersayang.


Monday, October 11, 2010

Produk "Exam Oriented " Acuan Kita.

Sejak kebelakangan ini orang mula bercakap tentang sistem persekolahan yang lebih menjurus kepada penekanan terhadap peperiksaan.Perkara ini telah disuarakan lebih sepuluh tahun yang lalu oleh para cendiakawan kita.Lebih sepuluh tahun yang lalu, saya terbaca suatu rencana oleh seorang Prof. sejarah dari Universiti Malaya. Dalam tulisanya beliau melahirkan kebimbangan terhadap sistem yang terlalu berorientasikan peperiksaan.Beliau menggariskan beberapa saranan agar sistem persekolahan kita dirombak supaya generasi akan datang tidak menjadi robot yang bijak hanya dalam bidang akademik semata-mata tetapi gagal dalam kehidupan sebenar. Maksudnya isu ini bukannya sesuatu yang baru.

Kita boleh bayangkan bagaimana anak-anak kecil yang baru dua tiga tahun di sekolah rendah pun sudah merasa beban untuk lulus dengan cemerlang.Kanak-kanak ini sepatutnya dipupuk untuk menjalani hidup bersosial dengan rakan2 bukannya bersaing untuk lulus dengan cemerlang.Ibu bapa pulak sebok menghantar anak mereka ke kelas2 tuisyen supaya anak2 berjaya dengan cemerlang dalam ujian yang pastinya menjadi kebanggaan mereka.Kanak2 semuda itu sudah dihidupkan dalam tekanan.

Kanak2 yang "slow learner" menjadi mangsa. Hilang minat kepada pelajaran dan pilihan yang ada ialah menjadi kaki ponteng dan pelawat tetap siber cafe.Itulah hakikat yang ada hari ini.

Kita boleh lihat kesan jangka panjang sistem ini yang sememangnya berjaya melahirkan para cerdikpandai yang memegang bermeter2 panjangnya kelulusan akademik namun hakikat hidup mereka amat terhimpit dengan pelbagai masalah.Di dada-dada akhbar kita sering didedahkan dengan berita saman-menyaman antara seorang anak yang berkelusan tinggi dengan bapanya,rumah tangga yang kacau bilau antara pasangan yang berkelulusan tinggi, membuang ibu bapa ke rumah orang tua2 oleh anak2 yang berpendidikan tinggi, perbuatan2 jenayah oleh mereka yang berpendidikan tinggi dan entah berapa banyak lagi yang kita tidak didedahkan. Mungkin kita beranggapan perkara sebegini hanyalah "the isolated cases" atau kes2 terpencil namun implikasinya terhadap generasi akan datang amat mengerikan.Kita tertanya2 sejauh manakah berjayanya pendidikan kita melahirkan insan kamil yang seimbang dari segi rohani dan jasmani seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN).FPN seakan2 menerima nasib yang agak serupa dengan Rukun Negara yang gah suatu ketika dahulu.

Sistem persekolahan kita perlu kembali kepada basic jika kita benar2 mahu mengubah keadaan.Mereka yang lama berkecimpung dalam dunia pendidikan boleh merasakan bahawa kini dunia pendidikan kita terlalu banyak "politiking"yang sedikit sebanyak telah mencalarkan sistem.

Tuesday, October 5, 2010

Saya Sayang Bos

Ketika coretan ini dibuat aku sedang berihat2 di Shalet. Shalet ini tempat aku lari daripada ngauman enjin kenderaan dan udara kurang bersih sekitar bandar.
Fikiran menjadi tenang mendengar kicauan burung2.Pohon2 hijau menyegarkan mata memandang.Ada kawan2 menyarankan supaya tempat ini dijadikan homestay saja.aTapi aku lebih selesa begini.

Awal2 tadi ada kawan baru pencen datang berbual2 selepas kami berjogging. Biasalah untuk bertanya khabar dan bertukar2 pendapat tentang isu2 semasa.

Satu topik yang kami sentuh tadi ialah tentang suasana bekerja dulu dan sekarang. Tentu sudah banyak berubah. Kata kawanku hari ini keseronokan bekerja seakan2 makin lontor.Team work di sesetengah tempat kian rapuh kerana setiap individu mempunyai matlamat peribadi tersendiri yang tertulis di dalam hati masing2 barangkali.

Seingat aku mungkin juga perubahan tinglahlalu bermula bila terlaksananya Sistem Saraan Baru.Sistem ini amat baik jika dilaksanakan dengah betul dan telus. Pada masa itu ungkapan popular spt "Saya Suka Boss","Saya Sayang Bos","Saya Syok Bos" dan entah berapa banyak lagi menunjukkan bos adalah pemegang kuasa yang perlu sentiasa dijaga. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk menegak atau melintang.Ketika itu setiap orang yang bercita2 mahu memdapat imbuhan perlu memiliki kemahiran mengenali minat bosnya.Berjalan, berpakaian,berangan2, bersenda guru hatta ketawa sekali pun mesti tahu bagaimana bos suka dan bagaimana bos tak suka.Kalau Bos Longgak senang dipergunakan.Bos Kejap amat sukar dipergunakan..Mereka benar2 tahu.

Pada awal tahun berikutnya para pengharap amat teruja menunggu keputusan.Mereka yang berjaya mendapat habuan akan tersenyum sampai ke telinga .Yang masuk persaingan tapi tak cukup power gagal lalu merajuk.Keseronokan kerja mula merudum.Tahun demi tahun keadaan berulang degree ketidakpuasaan turut meningkat.

Paling menarik ada yang dapat statik lalu mengamuk dalam hati macam gajah naik minyak tanda tak puashati.Muka macam kerang hangit.Orang mcm ini mula ponteng kerja buat kerja sambilan atau berniaga di pasar2 malam.Pendapatan lagi banyak. Lagi kuat ponteng.MC ada apa boleh buat.

Ada seorang kawan yang memang baik orangnya.Bila keputusan SSB keluar dia antara yang dapat melintang.Dia pun hairan dan merasa dia tak layak dapat.Bos dia pun hairan.Dia berulang2 kata dia tak layak dan enggan terima.Walaubagaimana pun dia terpaksa menerimanya.Kerana tertekan dia mula ponteng kerja,menjadi seakan sakit mental,letak jawatan.Ini antara kawan yang ikhlas bekerja. Orang yang ikhlas berasa bersalah mengambil hak orang lain.Orang yang ikhlas pantas mencermin dirinya.

Ada beberapa orang lagi yang bijak "mencari makan" dengan Bos Longgak. Pandainya mereka mengkaji kelemahan bosnya.Bos depa memang suka diampu2.Usaha bawa buah2 dari dusunnya kepada bos tidak sia2.Mereka akhirnya berjaya mendapat menegak dan ada yang melintang .Anehnya selepas itu perangai mereka pun dah berubah menjadi liat dan bertukar sombong dan ego serta suka curi tulang.Selang beberapa tahun
mereka lalu menjadi penghuni tetap katil hospital.Bedah sana bedah sini .Bila keluar hospital anak pula masuk.Bedah sana bedah sini.Entah apa sebabnya Allah saja yang tahu.

Si Bos Longgak mereka yang terkenal sebagai pemilih bulu dan terlalu menunjukkan kuasa suatu masa dahulu terkena stroke empat tahun sebelum pencen hingga sekarang belum sembuh.

Pada masa masing2 memburu melintang maupun menegak kemahiran mengenali minat bos ternyata penting dan kerja juga mesti "smart" yang bermaksud bila bos ada tunjuk muka, bos hilang kita kena hilang.Kerja orang mengaku hak sendiri. Teramatlah mudah.

Cerita kawan saya...dia ada seorang kawan yang bijak menganalisis minat bos dia. Dia berjaya mendapat dua kali melintang hanya kerana membekal video lxxxh kepada bosnya. Sayangnya kedua2 dah bersara tapi bosnya meninggal ketika baru dua tahun bersara.

Apa yang berlaku kepada mereka mungkin kebetulan atau mungkin dah tersurat.Tapi ianya tetap boleh menjadi pengajaran.

Ada juga bos yang dianggap lurus.Ini jenis Bos Kejap. Bos macam ini jangan main2. Jack mcm mana pun tak jalan.Dia buat kerja dan buat keputusan mengikut "buku".Bos bagini tidak gemar di dekati sewenang2nya.Ada kerja cakap, tak dak kerja jangan cakap.Jadi tukang2 ampu merasa amat tertekan dengan bos macam ini. Hantar buah durian atau buah cempedak dia tolak dengan baik.Ini lah jenis bos yang tukang2 ampu payah nak makan dan mula memburuk2kan bos sendiri.

Dalam memberi markah prestasi bos macam ini tidak ada tolak ansur. Markah benar2 ikut prestasi.Ikut panduan yang sebenar.Memang kita mahu bos macam ini.Tapi bila ada peluang2 naik pangkat, anak buah bos ini paling malang sebab markah prestasi untuk tiga tahun berturut2 sangat rendah berbanding rakan2 mereka di tempat lain.Orang lain dapat tetapi anak buah si bos ini melopong.Masa depan anak2 buahnya kabur di sebabkan bos mereka yang kerja terlalu ikut"buku".Anak buah kutuk bosnya habis2an.Bos akan kata hangpa memang tak layak pun.


Published with Blogger-droid v1.6.2

Wednesday, September 29, 2010

Aku , Bas Bopiang Dan Rex.

1962...Aku masih ingat masa kami di SATS guru2 waktu itu kerap juga buat convoy bawa kami tengok wayang gambar2 sejarah di panggung REX di Alor Star.Ben Hur,The Ten Commandment,Gun Of Navaroune adalah antara yang aku masih ingat.Biasanya tiga buah bas membawa kami.Ada kawan2 yg terpaksa bermalam di rumah rakan sekitar Jitra kerana rumah mereka jauh dan terlalu gembira nak ke Alor Setar maklum jarang ada peluang.

Antara tiga buah bas yang membawa kami namanya Bas Bopiang bas paling buruk dgn pemandu paling tua yg kami panggil Apek.Kalau tak kerana paksa tak ada yg mahu naik bas ini.

Dalam perjalanan Bas Bopiang paling slow membuat kami hilang mood.Tapi apa boleh buat bersabar macam nak pitam.Tapi sampai tetap sampai.Itu yang penting.

Suatu kali Bas Bopiang buat perangai.Mati tiga kali dalam perjalanan.Cikgu2 kami tolong engko sampai berpeluh2 untuk hidupkan enjin.Bas2 sewa yg lain dah lama meninggalkan kami.

Setelah tiga kali mati hidup mati hidup bas Bopiang akhirnya membawa kami sampai ke destinasi ke panggung REX. Cikgu suruh kami berbaris masuk ke dalam panggung.Seronok bukan mainnya kami.Tak sampai 10 minit pun berada dlm panggung tertulis di layar putih..THE END.Lampu dibuka menandakan dah habis.
Published with Blogger-droid v1.6.0

Saturday, September 25, 2010

Aku, Aziz dan Loceng Maut.

Seorang guru muda macam aku seringkali menjadi orang suruhan. Jika ada kes-kes yang melibatkan pelajar maka aku dan seorang orang rakan lagi di arah untuk menguruskannya.Ketika ini belum ada PK HEM ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) maka yang patuh pada arahan macam kami akan menjadi orang suruhan.Kami tdak banyak soal jika di suruh buat itu dan buat ini.Kalau masa persediaan untuk sukan tahunan kami turut membantu pekerja menyiapkan keperluan di padang sebelah petangnya.Walau pun menjadi buruh tapi kami tidak memperdulikannya.Seronok juga melakukannya pada masa itu.Mencari pengalaman biar sekalipun melakukan kerja-kerja buruh kasar.

Suatu pagi ada bisik-bisik mengatakan seorang pelajar tingkatan dua telah hilang.Sudah dua minggu tidak hadir ke sekolah. Nama budak itu Aziz seorang murid yang tidak banyak bercakap. Ada suara-suara yang mengatakan budak ini telah hilang di laut dan pelbagai lagi spekulasi terhadap misteri kehilangan budak ini. Hingga ada yang mengatakan disembunyikan oleh orang bunian.Malah ada yang membuat andaian bahawa budak ini mungkin dilari ke Thailand kerana jarak antara Tanjung Rhu dengan Thailand tidak lah terlalu jauh.Dengan menggunakan boat nelayan sahaja sudah boleh menyeberangi sempadanb perairan Thailand.

Ramai yang turun padang mencari budak ini bila ada masa terluang.Kami pergi ke rumah ibu bapanya tetapi tidak bertemu mereka. Kami bertanyakan jiran mereka tiada seorang pun yang tahu malah turut terperanjat dengan misteri kehilangan budak ini.

Selang minggu ke tiga Aziz muncul semula di sekolah.Kita bersyukur dia selamat.Maka satu " sidang media" pun di adakan untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada nya.

" Cikgu...saya pi berlakon filem..Loceng Maut di gua Bukit Kisap ".

" Laa awat tak habak..kami ingat hang dah kena sembunyi dgn orang bunia atau dah kena seludup ke Siam "

" Pasai apa hang balik"

Baru kami tahu rupa-rupanya kerana gandingan dia seorang pelakon Indonesia yang terkenal ketika itu, Farouk Ofero telah kemalangan dan terpaksa di ganti dgn orang lain, maka budak ini tidak sesuai di gandingkan dengan pelakon pengganti Farouk Ofero.

Budak yang bernama Aziz ini ialah Aziz Desa seorang pengacara TV yang dikenali ramai.Nyata kerjaya beliau kini amat sesuai dengan minatnya sejak budak sekolah lagi.Sejak dia dewasa aku pernah sekali bertemu dengan Aziz semasa beliau mengendalikan Program TV3 ...Cermin Diri.

Thank You Langkawi.

Aku agak terperanjat bila menerima memo yang aku ditempatkan di sebuah sekolah menengah di Pulau Langkawi..Mengapa tidaknya..ketika itu Pulau Langkawi terkenal dengan tempat buangan.Namun sebagai guru baru aku akur walau pun hati berasa berat.

Aku agak cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Sebagai guru baru tentu banyak cabaran yang ditempuhi, didalam kelas dan di luar kelas.Mengajar dengan penuh semangat..maklumlah "penyapu baru". Aku suka berada di situ kerana jauh dari kesibukan disamping alam semulajadi yang menarik.Kerenah pelajar-pelajar tidak yang mencemaskan.Sebahagian besar daripada staf disekolah aku adalah guru-guru muda yang masih bujang trang tang tang.

Yang aku tidak suka ialah perjalanan laut dengan feri yang ketika tu dikenai sebagai "boat".Boat ala boat nelayan di mana perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah memakan masa hampir lebih 2 jam .Jika laut bergelora menjadi masalah besar. Ada yang pening dan muntah-muntah.Terdapat sebuah boat yang bernama Pulau Singa. Boat ini agak selesa tetapi saiznya agak kecil.Boat-boat ketika ini kerap mengalami kerosakan enjin semasa di tengah-tengah laut menyebabkab kami hanyut hngga hampir ke perairan Thailand.

Oleh kerana boat menjadi pengangkutan utama , maka hubungan sesama kami bagi semua staf jabatan kerajaan yang bertugas di Pulau itu menjadi begitu akrab.Apakan tiada setiap hujung mingga boat akan dipenuhi dgn kami yang berulangalik setiap minggu.Ada kalanya kami sama-sama hanyut entah ke mana bila injin boat rosak.

Seronok bila tiba hujung minggu. Jika kami tidak balik kami akan aturkan program berkelah di Tanjung Rhu atau memancing di Pulau Rebak atau memancing di lautan.Hidup menjadi tidak menjemukan.Ramai daripada kami bertemu jodoh di Pulau ini kesan daripada aktiviti yang diatur setiap hujung minggu.

Ditengah-tengah keseronokan bertugas di situ kami berpakat untuk mengambil STPM sebagai persediaan masa depan.Kami adakan study group untuk memudahkan kami belajar.Setiap tahun pastinya ada beberapa orang daripada kami mendapat peluang melanjut pelajaran ke UM,USM atau UKM.Ada antara mereka selepas graduate meninggalkan bidang keguruan dan menyertai kerjaya sebagai pegawai MSC/PTD. Aku mahu setia bersama pendidikan.Kami bersyukur kerana Langkawi mengubah hidup kami..TQ Langkawi.