Saturday, September 25, 2010

Thank You Langkawi.

Aku agak terperanjat bila menerima memo yang aku ditempatkan di sebuah sekolah menengah di Pulau Langkawi..Mengapa tidaknya..ketika itu Pulau Langkawi terkenal dengan tempat buangan.Namun sebagai guru baru aku akur walau pun hati berasa berat.

Aku agak cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Sebagai guru baru tentu banyak cabaran yang ditempuhi, didalam kelas dan di luar kelas.Mengajar dengan penuh semangat..maklumlah "penyapu baru". Aku suka berada di situ kerana jauh dari kesibukan disamping alam semulajadi yang menarik.Kerenah pelajar-pelajar tidak yang mencemaskan.Sebahagian besar daripada staf disekolah aku adalah guru-guru muda yang masih bujang trang tang tang.

Yang aku tidak suka ialah perjalanan laut dengan feri yang ketika tu dikenai sebagai "boat".Boat ala boat nelayan di mana perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah memakan masa hampir lebih 2 jam .Jika laut bergelora menjadi masalah besar. Ada yang pening dan muntah-muntah.Terdapat sebuah boat yang bernama Pulau Singa. Boat ini agak selesa tetapi saiznya agak kecil.Boat-boat ketika ini kerap mengalami kerosakan enjin semasa di tengah-tengah laut menyebabkab kami hanyut hngga hampir ke perairan Thailand.

Oleh kerana boat menjadi pengangkutan utama , maka hubungan sesama kami bagi semua staf jabatan kerajaan yang bertugas di Pulau itu menjadi begitu akrab.Apakan tiada setiap hujung mingga boat akan dipenuhi dgn kami yang berulangalik setiap minggu.Ada kalanya kami sama-sama hanyut entah ke mana bila injin boat rosak.

Seronok bila tiba hujung minggu. Jika kami tidak balik kami akan aturkan program berkelah di Tanjung Rhu atau memancing di Pulau Rebak atau memancing di lautan.Hidup menjadi tidak menjemukan.Ramai daripada kami bertemu jodoh di Pulau ini kesan daripada aktiviti yang diatur setiap hujung minggu.

Ditengah-tengah keseronokan bertugas di situ kami berpakat untuk mengambil STPM sebagai persediaan masa depan.Kami adakan study group untuk memudahkan kami belajar.Setiap tahun pastinya ada beberapa orang daripada kami mendapat peluang melanjut pelajaran ke UM,USM atau UKM.Ada antara mereka selepas graduate meninggalkan bidang keguruan dan menyertai kerjaya sebagai pegawai MSC/PTD. Aku mahu setia bersama pendidikan.Kami bersyukur kerana Langkawi mengubah hidup kami..TQ Langkawi.

No comments:

Post a Comment