Saturday, September 25, 2010

Aku, Aziz dan Loceng Maut.

Seorang guru muda macam aku seringkali menjadi orang suruhan. Jika ada kes-kes yang melibatkan pelajar maka aku dan seorang orang rakan lagi di arah untuk menguruskannya.Ketika ini belum ada PK HEM ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) maka yang patuh pada arahan macam kami akan menjadi orang suruhan.Kami tdak banyak soal jika di suruh buat itu dan buat ini.Kalau masa persediaan untuk sukan tahunan kami turut membantu pekerja menyiapkan keperluan di padang sebelah petangnya.Walau pun menjadi buruh tapi kami tidak memperdulikannya.Seronok juga melakukannya pada masa itu.Mencari pengalaman biar sekalipun melakukan kerja-kerja buruh kasar.

Suatu pagi ada bisik-bisik mengatakan seorang pelajar tingkatan dua telah hilang.Sudah dua minggu tidak hadir ke sekolah. Nama budak itu Aziz seorang murid yang tidak banyak bercakap. Ada suara-suara yang mengatakan budak ini telah hilang di laut dan pelbagai lagi spekulasi terhadap misteri kehilangan budak ini. Hingga ada yang mengatakan disembunyikan oleh orang bunian.Malah ada yang membuat andaian bahawa budak ini mungkin dilari ke Thailand kerana jarak antara Tanjung Rhu dengan Thailand tidak lah terlalu jauh.Dengan menggunakan boat nelayan sahaja sudah boleh menyeberangi sempadanb perairan Thailand.

Ramai yang turun padang mencari budak ini bila ada masa terluang.Kami pergi ke rumah ibu bapanya tetapi tidak bertemu mereka. Kami bertanyakan jiran mereka tiada seorang pun yang tahu malah turut terperanjat dengan misteri kehilangan budak ini.

Selang minggu ke tiga Aziz muncul semula di sekolah.Kita bersyukur dia selamat.Maka satu " sidang media" pun di adakan untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada nya.

" Cikgu...saya pi berlakon filem..Loceng Maut di gua Bukit Kisap ".

" Laa awat tak habak..kami ingat hang dah kena sembunyi dgn orang bunia atau dah kena seludup ke Siam "

" Pasai apa hang balik"

Baru kami tahu rupa-rupanya kerana gandingan dia seorang pelakon Indonesia yang terkenal ketika itu, Farouk Ofero telah kemalangan dan terpaksa di ganti dgn orang lain, maka budak ini tidak sesuai di gandingkan dengan pelakon pengganti Farouk Ofero.

Budak yang bernama Aziz ini ialah Aziz Desa seorang pengacara TV yang dikenali ramai.Nyata kerjaya beliau kini amat sesuai dengan minatnya sejak budak sekolah lagi.Sejak dia dewasa aku pernah sekali bertemu dengan Aziz semasa beliau mengendalikan Program TV3 ...Cermin Diri.

No comments:

Post a Comment