Thursday, October 14, 2010

Dari Sintuk ke Lux...Dari Arang ke Colgate

1960....Hari itu aku bangun awal-awal pagi.Pergi ambil sedikit arang kayu dari dapor untuk dijadikan "colgate" lalu terus ke sungai berdekatan. Bagi kawan2 yang rajin, ketulan arang kayu ini ditumbuk2 dengan mencampur sidikit garam dan dijadikan serbuk ubatgigi.Kalau yang malas bawa ketulan arang lalu digigit2 hingga lumat dan dijadikan ubat gigi. Berus giginya ialah jari telunjuk. Itulah betapa kreatifnya orang dulu2.

Mandi dengan kawan2 sekampung nmacam biasa. Untuk membeli sabun memang tak mampu jadi gantinya ialah sintuk yang di buihnya pun mengalahkan buih sabun.Waktu itu yang aku kenal pun sabun cap kapak warna hijau.Sabun Lux pula biasa dengar tapi tak biasa guna.Mak selalu berpesan jangan mandi macam kerbau, maknanya mandi tak gosok2 badan. Tapi pesanan tinggal pesanan.

Balik dari mandi Mak sudah pun menyiapkan sajian untuk aku ke sekolah..Nasi Rendang( Goreng)dengan secawan kopi O. Siap sahaja lalu capai beg untuk ke sekolah dengan wang belanja sekolah sepuluh sen.Wang sepuluh sen jarang di belanja kalau belanja pun setakat lima sen untuk beli sagun .Minuman sekadar air paip sekolah, percuma hanya perlu tadah telapak tangan sahaja. Tidak pernah pun berasa sakit2 perut.

Sampai di sekolah seorang cikgu masuk klas.Guru yang paling garang waktu itu.Dengan membaca nama pada sekeping kertas beliau memanggil kami seorang demi seorang untuk datang ke depan klas.Lalu kami disuruh berkumpul dalam bilik bersebelahan bilik Guru Besar tanpa memberikan sebarang sebab.Pada kami tentunya denda menanti.

Tidak lama menunggu, Guru Besar dengan rotannya ditangan pun datang.Dari awal kami sudah agak ini tentunya sesuatu yang buruk agak berlaku. Dalam fikiran melayang2 kalau2 kena rotan dan berbekas pula ,bagaimana kalau disoal oleh bapa bila balik nanti.Kalau silap2 jawab Guru Besar bagi 2 rotan bapak akan tambah bonus lagi 4 rotan.Sungguh menakutkan.

Guru besar dengan serious memberitahu "..kamu semua ni dah kena pindah sekolah...kena pi sekolah orang putih..Sultan Ahmad Tajuddin School,dekat hutan nyiok tu..Kena pi daftar diri pada..habak kat pak hangpa..suruh dia pi bawak hangpa situ awai2 sikit ..."

Rupa2nya kami semua telah lulus ujian kemasukan ke Special Malay Class dan kena berpindah ke sekolah inggeris SATS.

Balik ke rumah aku bagi tahu emak.Dengan bapa memang nak bercakap sepatah seminggu pun takut. Mereka tidak nampak teruja pun..macam tidak peduli saja.Seronok pun tidak..dukacita pun tidak.

Dua hari sebelum sampai hari untuk mendaftarkan diri emak bagi tau aku bapa ada hadiah untuk aku - pertama kali dalam hayat aku waktu itu. Aku tengok lama2 rupa2nya dalam kotak itu ada berus gigi dan satu tiub kecil ubat gigi colgate serta sebuku sabun Lux.

Itu adalah cerita yang sudah terlalu lama berlalu, namun itulah kasih sayang orang tua2 dahulu kepada anak2. Mereka tidak pernah tunjuk secara terang2an.Cakap2 dan kata2 serta tindakan mereka ada nilai yang teramat tinggi.Al Fatihah untuk Al marhum ayahanda dan bondaku yang tersayang.


Monday, October 11, 2010

Produk "Exam Oriented " Acuan Kita.

Sejak kebelakangan ini orang mula bercakap tentang sistem persekolahan yang lebih menjurus kepada penekanan terhadap peperiksaan.Perkara ini telah disuarakan lebih sepuluh tahun yang lalu oleh para cendiakawan kita.Lebih sepuluh tahun yang lalu, saya terbaca suatu rencana oleh seorang Prof. sejarah dari Universiti Malaya. Dalam tulisanya beliau melahirkan kebimbangan terhadap sistem yang terlalu berorientasikan peperiksaan.Beliau menggariskan beberapa saranan agar sistem persekolahan kita dirombak supaya generasi akan datang tidak menjadi robot yang bijak hanya dalam bidang akademik semata-mata tetapi gagal dalam kehidupan sebenar. Maksudnya isu ini bukannya sesuatu yang baru.

Kita boleh bayangkan bagaimana anak-anak kecil yang baru dua tiga tahun di sekolah rendah pun sudah merasa beban untuk lulus dengan cemerlang.Kanak-kanak ini sepatutnya dipupuk untuk menjalani hidup bersosial dengan rakan2 bukannya bersaing untuk lulus dengan cemerlang.Ibu bapa pulak sebok menghantar anak mereka ke kelas2 tuisyen supaya anak2 berjaya dengan cemerlang dalam ujian yang pastinya menjadi kebanggaan mereka.Kanak2 semuda itu sudah dihidupkan dalam tekanan.

Kanak2 yang "slow learner" menjadi mangsa. Hilang minat kepada pelajaran dan pilihan yang ada ialah menjadi kaki ponteng dan pelawat tetap siber cafe.Itulah hakikat yang ada hari ini.

Kita boleh lihat kesan jangka panjang sistem ini yang sememangnya berjaya melahirkan para cerdikpandai yang memegang bermeter2 panjangnya kelulusan akademik namun hakikat hidup mereka amat terhimpit dengan pelbagai masalah.Di dada-dada akhbar kita sering didedahkan dengan berita saman-menyaman antara seorang anak yang berkelusan tinggi dengan bapanya,rumah tangga yang kacau bilau antara pasangan yang berkelulusan tinggi, membuang ibu bapa ke rumah orang tua2 oleh anak2 yang berpendidikan tinggi, perbuatan2 jenayah oleh mereka yang berpendidikan tinggi dan entah berapa banyak lagi yang kita tidak didedahkan. Mungkin kita beranggapan perkara sebegini hanyalah "the isolated cases" atau kes2 terpencil namun implikasinya terhadap generasi akan datang amat mengerikan.Kita tertanya2 sejauh manakah berjayanya pendidikan kita melahirkan insan kamil yang seimbang dari segi rohani dan jasmani seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN).FPN seakan2 menerima nasib yang agak serupa dengan Rukun Negara yang gah suatu ketika dahulu.

Sistem persekolahan kita perlu kembali kepada basic jika kita benar2 mahu mengubah keadaan.Mereka yang lama berkecimpung dalam dunia pendidikan boleh merasakan bahawa kini dunia pendidikan kita terlalu banyak "politiking"yang sedikit sebanyak telah mencalarkan sistem.

Tuesday, October 5, 2010

Saya Sayang Bos

Ketika coretan ini dibuat aku sedang berihat2 di Shalet. Shalet ini tempat aku lari daripada ngauman enjin kenderaan dan udara kurang bersih sekitar bandar.
Fikiran menjadi tenang mendengar kicauan burung2.Pohon2 hijau menyegarkan mata memandang.Ada kawan2 menyarankan supaya tempat ini dijadikan homestay saja.aTapi aku lebih selesa begini.

Awal2 tadi ada kawan baru pencen datang berbual2 selepas kami berjogging. Biasalah untuk bertanya khabar dan bertukar2 pendapat tentang isu2 semasa.

Satu topik yang kami sentuh tadi ialah tentang suasana bekerja dulu dan sekarang. Tentu sudah banyak berubah. Kata kawanku hari ini keseronokan bekerja seakan2 makin lontor.Team work di sesetengah tempat kian rapuh kerana setiap individu mempunyai matlamat peribadi tersendiri yang tertulis di dalam hati masing2 barangkali.

Seingat aku mungkin juga perubahan tinglahlalu bermula bila terlaksananya Sistem Saraan Baru.Sistem ini amat baik jika dilaksanakan dengah betul dan telus. Pada masa itu ungkapan popular spt "Saya Suka Boss","Saya Sayang Bos","Saya Syok Bos" dan entah berapa banyak lagi menunjukkan bos adalah pemegang kuasa yang perlu sentiasa dijaga. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk menegak atau melintang.Ketika itu setiap orang yang bercita2 mahu memdapat imbuhan perlu memiliki kemahiran mengenali minat bosnya.Berjalan, berpakaian,berangan2, bersenda guru hatta ketawa sekali pun mesti tahu bagaimana bos suka dan bagaimana bos tak suka.Kalau Bos Longgak senang dipergunakan.Bos Kejap amat sukar dipergunakan..Mereka benar2 tahu.

Pada awal tahun berikutnya para pengharap amat teruja menunggu keputusan.Mereka yang berjaya mendapat habuan akan tersenyum sampai ke telinga .Yang masuk persaingan tapi tak cukup power gagal lalu merajuk.Keseronokan kerja mula merudum.Tahun demi tahun keadaan berulang degree ketidakpuasaan turut meningkat.

Paling menarik ada yang dapat statik lalu mengamuk dalam hati macam gajah naik minyak tanda tak puashati.Muka macam kerang hangit.Orang mcm ini mula ponteng kerja buat kerja sambilan atau berniaga di pasar2 malam.Pendapatan lagi banyak. Lagi kuat ponteng.MC ada apa boleh buat.

Ada seorang kawan yang memang baik orangnya.Bila keputusan SSB keluar dia antara yang dapat melintang.Dia pun hairan dan merasa dia tak layak dapat.Bos dia pun hairan.Dia berulang2 kata dia tak layak dan enggan terima.Walaubagaimana pun dia terpaksa menerimanya.Kerana tertekan dia mula ponteng kerja,menjadi seakan sakit mental,letak jawatan.Ini antara kawan yang ikhlas bekerja. Orang yang ikhlas berasa bersalah mengambil hak orang lain.Orang yang ikhlas pantas mencermin dirinya.

Ada beberapa orang lagi yang bijak "mencari makan" dengan Bos Longgak. Pandainya mereka mengkaji kelemahan bosnya.Bos depa memang suka diampu2.Usaha bawa buah2 dari dusunnya kepada bos tidak sia2.Mereka akhirnya berjaya mendapat menegak dan ada yang melintang .Anehnya selepas itu perangai mereka pun dah berubah menjadi liat dan bertukar sombong dan ego serta suka curi tulang.Selang beberapa tahun
mereka lalu menjadi penghuni tetap katil hospital.Bedah sana bedah sini .Bila keluar hospital anak pula masuk.Bedah sana bedah sini.Entah apa sebabnya Allah saja yang tahu.

Si Bos Longgak mereka yang terkenal sebagai pemilih bulu dan terlalu menunjukkan kuasa suatu masa dahulu terkena stroke empat tahun sebelum pencen hingga sekarang belum sembuh.

Pada masa masing2 memburu melintang maupun menegak kemahiran mengenali minat bos ternyata penting dan kerja juga mesti "smart" yang bermaksud bila bos ada tunjuk muka, bos hilang kita kena hilang.Kerja orang mengaku hak sendiri. Teramatlah mudah.

Cerita kawan saya...dia ada seorang kawan yang bijak menganalisis minat bos dia. Dia berjaya mendapat dua kali melintang hanya kerana membekal video lxxxh kepada bosnya. Sayangnya kedua2 dah bersara tapi bosnya meninggal ketika baru dua tahun bersara.

Apa yang berlaku kepada mereka mungkin kebetulan atau mungkin dah tersurat.Tapi ianya tetap boleh menjadi pengajaran.

Ada juga bos yang dianggap lurus.Ini jenis Bos Kejap. Bos macam ini jangan main2. Jack mcm mana pun tak jalan.Dia buat kerja dan buat keputusan mengikut "buku".Bos bagini tidak gemar di dekati sewenang2nya.Ada kerja cakap, tak dak kerja jangan cakap.Jadi tukang2 ampu merasa amat tertekan dengan bos macam ini. Hantar buah durian atau buah cempedak dia tolak dengan baik.Ini lah jenis bos yang tukang2 ampu payah nak makan dan mula memburuk2kan bos sendiri.

Dalam memberi markah prestasi bos macam ini tidak ada tolak ansur. Markah benar2 ikut prestasi.Ikut panduan yang sebenar.Memang kita mahu bos macam ini.Tapi bila ada peluang2 naik pangkat, anak buah bos ini paling malang sebab markah prestasi untuk tiga tahun berturut2 sangat rendah berbanding rakan2 mereka di tempat lain.Orang lain dapat tetapi anak buah si bos ini melopong.Masa depan anak2 buahnya kabur di sebabkan bos mereka yang kerja terlalu ikut"buku".Anak buah kutuk bosnya habis2an.Bos akan kata hangpa memang tak layak pun.


Published with Blogger-droid v1.6.2